(Komuniti) Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2019

17 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 September 2019 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop yang bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran bersama JKKK Kampung Semop dan penduduk Komuniti Kampung Semop dan untuk penganjuran ke-2 secara besar-besaran.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 12.00 tengahari yang bertempat di Padang Lama SK Semop. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung adalah:

Aturcara Program:
• Kehadiran Penduduk Kampung dan Jemputan VVIP
• Pendaftaran peserta pertandingan sukaneka dan konvoi Basikal
• Jualan Booth-Booth Usahawan
• Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
• Bacaan Doa daripada Imam II Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop, Ustaz Suhaimi bin Sahbihi.
• Ucapan Alu-aluan dan Perasmian daripada Kaunselor Kampung Semop, Cik Rosita binti Jahari
• Aktiviti Senamrobik dan Zumba daripada Cikgu Nur Anita & Pelajar SK Semop
• Aktiviti Utama “Konvoi Basikal Berhias ”
• Pertandingan Merentas Desa
• Pertandingan Puisi (Deklamasi Sajak)
• Pertandingan Ratu Kebaya (Kanak-Kanak)
• Persembahan Khas: Tarian Melanau daripada Adik-adik SK Semop
• Penyampaian Hadiah Pertandingan
• Sesi gotong royong membersihkan kawasan padang
• Bersurai

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dengan program yang sangat meriah ini. Kami dari Pusat Internet Semop ingin mengucapkan “Selamat Hari Malaysia” kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali